mr & mrs hungryghost (takde gamba masa ride.. huhuhuhu)
tetekmens
bob
aku-rebonding-man
pojee & mem
zhos
pak yunus
long john edi
elkay lee & lili
pak tam @ eskonenong
abg remi ..
red skull (jax versi negro)
arsyik the cafe
bogonator
yg berhotmat tan sri senoi
chemat the bee-sting-man
hardcock
bud pelik shukor
aliph the andre
ijam the lelaki kucing
teknok
arwin
Route : KL - Seremban - Mersing - Johor Baharu - Tanjung Piai - Batu Pahat - Melaka - KL.
Report :
4.00am - terjaga dr tdo, suh mem mandi dulo. call zek suh bangun. then turun toilet bwh utk mandi. rasa exited gila sampai x leh nk berak. pakai baju, cari luminous, buh baju, selipar & spek ray ban (mahal woo.. br beli) dalam saddle bag. salam mak mentua aku, set odometer, bismillah, tepat 4.45am tayar golek.
kuar dr putra perdana - LDP - cyberjaya - elite hiway. sampai elite hiway br teringat luminous ats meja. tetinggal la pulokkk!!!
5.30am - sampai r&r seremban. tgk ramai dh sampai. roy pun dtg gak utk flag off. saspek la ini worang. sanggup bangun pagi utk dtg, aku igt dia sembang je. aku-rebonding-man call bitau dia, tekno & bud tunggu kt seremban. tgh sembang, geng klang sampai, uiks?? chemat!! mcm x caya je. cayalah chemat, u r the man!!
6.30am - lepas solat subuh, isi minyak, buat sikit briefing tentang etika konvoi, supaya takde yg ride mcm kambing. dengan bacaan doa dr zhoz, MTP 2010 bermula dgn rasminya!
7.10am - sampai shell seremban. napi pun ada sama utk flag off.
7.15am - group pertama dgn di lead oleh aku-rebonding-man meninggalkan shell. next stop ialah bahau utk refuel & sarapan.
7.25am - group 2nd bergerak bersama geng flag off. sampai mana ntah, geng flag off berenti tepi, keluar sapu tangan kasik lambai sama kitorg. thanks my fren!
jgn hala bahau mmg best. kabus tebal & lalu jalan kampung. tgh syiok perah minyak, tetiba nampak bob lambai suh aku berenti. kable throttle minyak pojee putus rupanya. kasik setlle, then terus kan ride ke pekan bahau utk join first group. sarapan semer. ijam sempat amek kesempatan mengurat sorang makcik kt situ. siap dpt no tipun lagi.. mesti tdo x lena makcik tu mlm tu. wakakaka
8.30am - lepas group 1 jalan, matahari mulai panas. kasik tukar uniform. pakai tatoo sleeve, vest, spek.. eh?? mana spek aku??? selongkar sana cni. wa..!! spek br aku dh ilang!!! rasa mcm maw nangis, x sampai 10 kali pakai pun lagi. mesti jatuh masa resque moto pojie, sbb aku bukak saddle bag carik tools. takpelah, takde rezeki. jodoh x panjang, huhuuhu...
group heading to muazam. matahari dh mula panas, makin kecik le mata aku menahan silau. tgh syiok ride, tetiba chemat berenti tepi. cecepat bukak helmet sambail tergaru2 mcm beruk kena belacan. aku nampak benda itam kecik kt leher dia. kena sengat lebah rupanya. aku x bagi dia garu, kalau tak nnt makin gatal. om berulang kali offr suh naik keta, dia tlg bwk muto. gian la tu. tapi, chemat yg bersemangat kental menghampakan harapan om. wakakaka. ride diteruskan juga sampai dpt kejar konvoi kt depan. banyak laju ini worang. meter aku sampai 120km/j.
sampai petronas muadzam, goup lg satu kt tempat lain rupanya. isi minyak, then terus regroup balik. dpt sms dr pad, dia tunggu kt simpang leban chondong. sementara tunggu chemat pegi klinik, group 1 jalan dulo..
12.30pm - sampai leban condong, rompin. fad sudah lama tunggu. pekena lunch, sotong segar + udang besar punya + lala + ikan bakar + teh o + nescafe tarik = rm13 je. wow!!! makan sampai puas hati.. geng sbk duk jeling je, mana ini geng dtg. bising gila. peronda lalu pun jeling je..
1.30pm - regroup 1 kumpulan, in single file heading to mersing. next stop umah makcik bob. tetiba muto fad rantai slipped. kasik berenti, mmg x leh watpe sbb spoket makan sebelah. tolak ke bengkel berdekatan kasik tukar rantai & spoket. kt cni aku nampak 1 cafe racer, rxs 125. retro woo...
siap kalu, terus ride ke umah makcik bob. lepak minum lebe kurang, sekali ijam tertinggal beg dia kt kedai ah soo mana ntah. ni kes ngurat ah soo pulak la ni. nasib baik beg x ilang.
bergambar lebe kurang, then konvoi meneruskan perjalanan ke resort. ikut jalan kg. jumpa geng lembu & kebau yg cuba ikut sama join ride. mungkin dia tgk ada yg serupa kut.. (muto merah tu,.. wakakkaa)
4.30pm - lega, suda sampai endau beach resort. check in. plan utk jelajah bandar mersing kensel. lepak pool main bola air. menang 12 - 6. huh!! x fight lansung.
tengok, pompuan dalam pantang lepas bersalin pun bule join ini ride...
tekmen wat part time jaga parking..
lelaki kucing
8.00pm - bbq start. dimulakan dgn ucapan dr bob, pastu potong kek sempena besday cg. then sesi ta'aruf. then sesi karaoke wajib. pojee suda lari. tada guna ini worang tua. nnt kita kasik ban sama dia, x leh join mtp tahun depan.
paling x tahan bila tgk tan sri senoi nyanyi lagu pergi x kembali dr rabbani dgn pakai sluar pendek. huduh sunggoh!! acara mlm tu diungguli oleh bob (x aci!!).
1.00am - masuk bilik, x perasan kul berapa titon.....
end of day 1
2nd day.. (mcm mls je nk citer..)6.50am - bangun pagi, mandi. the lepak tgk laut. pastu kuar pegi ketuk bilik. yg payah geng kelamin nih. geng single dh siap awal dh. rasa mcm warden pulak dgn kain pelikat pagi2 kejutkan org.
8.30am - semer dh siap kt bwh. amek gamba semer, pastu gerak ke bandar mersing utk sarapan. ijam kata nasik dagang mersing sedap. kecur liur aku. takpe, tahan diri dulu, x mo sarapan. maw makan nasik dagang, yeayy!!
8.45am - konvoi bertolak, ikut jalan kg hala ke bandar mersing. wost woo, sejuk je. scenery pun cantik. singgah petronas kasik refuel. sekali terserempak dgn Lan (agaknya la nama dia..) from jaguh mersing. sembang lebey kurang, then hala ke nasik dagang. yeayyy!! nasik dagang!! nasik dagang!!!
sekali sampai suda abes daa.. cilaka ijam!! tipu aku. warghhhhhhhhhhhhhhh!!! pegi carik kedai laen. dapat nasik biryani kambin pun jadilahhhh....
10.00am - abes makan, konvoi meneruskan perjalanan ke bandar JB. sampai JB, konvoi sudah terpecah. call wak naga, suh dia tunggu kt petronas gelang patah. first group suda salah ikut, dorang ikut ray sampai nk balik ke rumah. kena pusing balik ke pekan nenas.
3.00pm - sampai petronas gelang patah. tengok2 belakang, awin sama om suda ketinggalan. call sama on, awin pegi wokshop dulo. dia org jb, tau area situ. kira ok la. jumpa wak naga cni. dekat sejam br om call, suda sampai shell gelang patah. ntah ikut mana dia masuk ntah. pegi carik dia, then terus ke pekan nanas, kasik regroup dgn first group.
4.00pm - spotted first group, tgh lepak dkt kedai mamak sebelah balai polis. ni bunuh diri ke hapa nih?? aku tgk jam, lg 50 menet ke pukul 5. takut Tg Piai tutup je. "lagi 5 minit, pastu on the bike!!". mintak maaf la sapa yg tgh makan tu. bud sampai makan murtabak dia x pakai gigi. jolok terus masuk tekak, x payah kunyah.
duk kejap, ujan mari. bob mari bisik dkt aku, kasik postpone pg tg piai esk pagi abb hr ujan & hari gelap. nnt masuk bandar jb, 1 hal lagiks nk carik tempat penginapan. lepas diskas lebe kurang, itu tg piai postpone esk pagi. kasik sambung makan. sori le sapa yg makan xpress td. mesti ramai yg berbulu. hehehehe...
5.00pm - ujan suda berenti, on the bike & bertolakke pekan JB. lalu jem org nk balik keja semer. seksanya tuhan je tau. sampai kaki dua2 panas, enjin rasa panas membahang. naik bukit, pusing2 area kubur tp x jumpa tempat. itu aku-rebonding-man sama edi pegi riki dulu sementara yg lain tunggu tepi kubur. kasik insap sikit.
6.45pm - suda jumpa tempat, satu simpang depan je, ceh! reapers dodok dkt rumah rehat TNB sementara CG's yg laen pegi lepak kt homestay kt taman sentosa.
8.30pm - kuar pegi pekena mee rebus tulang. aku pekena mee rebus tullang kambing. pergh!! sedap siut! tima kasih kt abg remi yg belanja mlm tu sbb menang besar pertandingan kayuh basikal. idup abg remi, yeay!! (sebenarnya aku nk order lg sepinggan, nk try rasa mee bandung tulang lak, tp abg remi jeling lain mcm je. terus x jadi, huhuhu..)
10.00pm - abes amakn & bergelak ketawa, then pegi danga bay. igt nk carik spek ganti, tp kualiti semer hampeh. nk balik punya jam, semer cuak ada lampu biru kelip2. nasib baik ada u-turn. wakakaka..
1.00am - sampai sarang. mlm dipenuhi dgn aktiviti berkejar-kejaran kt laman belakang sampai kaki berdarah. terjun kepala dulu dalam playground budak2 & aktiviti simbah menyimbah.. aku tdo kul 4.00am lepas dh x larat nk bukak mata dah.....
end of day 2...
day 3... (senin 1-2-2010)8.30am - bersiap & amek gamba dpn TNB rest house. konvoi bergerak keluar dr Jb menghala pontian, seterusnya ke TG Piai. berenti utk sarapan dkt pekan nenas. itu roti jala + gulai ayam mmg syiokk!! x sempat amek gamba sbb duk syiok mengadap.
11.30am - setelah melalui jalan berselut mcm nk bajak sawah, konvoi akhirnya sampai ke pintu masuk Taman Nrgara Tg. piai. Pegi bergambar dkt tugu southerst tip of asia, tgk ketam berenang, monyet, ikan belacak. x leh lepak lama sbb air tgh pasang.
1.30pm - on da bike, br je kuar jalan besar, 2nd group sampai. terus ride ke batu pahat. wak naga bwk pekena nasik biryani "bond"., sbb biryani gam power tutup hr ni. x bole lawan biryani gam power, tp bole la. bedal habis juga.
5pm - sampai ke bengkel muto vision, ah hee. mana yg nk repair, carik parts, kasik settle semer. jam dh 6.15pm, mmg x sempat nk singgah meng choon, padahal situ tempat parts paling banyak. terpaksa skip sbb takut jalan gelap, keluar yong peng agak bahaya sbb jln berpasir.
6.30pm - salam peluk cium sama wak naga, then konvoi meneruskan ride dr bt pahat - pagoh - ayer keroh.
keluar tol pagoh, bud suda tunjuk skull marshall dia. kasik tahan lori kontena yg tgh dipandu laju. aku masa tu hanya mampu pejam mata je bila lori kontena tu emergency mengelak ke lorong kanan...
9.00pm - refuel kt petronar ayer keroh. kt cni bogon ckp moto dia x leh idup, kena tolak br idup. harap2 beteri weak je la, still bole ride. dlm hati igt nk cepat sampai rnr seremban je, pastu balik tdo..
habih refuel, konvoi terus gerak. x sampai 2km kuar dr rnr ayer keroh, bogon sudah ketepi. rupanya moto dia x leh ride laju, kalau tak muto mati. aku kasik eskort, lama2 makin slow. meter aku 20km/j je!! mampoih!! bila nk sampai ni?? no choice, terpaksa tolak. adoi mak... aku harapkan ini semer hanyalah mimpi buruk semata2. bila aku bukak mata, aku akan bersiap baru nak pegi mtp. aku pejam celik 5-6 kali, tetap bayangan bogon jugak depan aku. takde choice, tolak lahhhhhhhhh..!!
aku hanya mampu tolak bogon sejauh 5km je sebelum visor aku mula berkabus dipenuhi peluh, kaki kejang, tulang belakang rasa mcm nk beralih & tangan kebas. nasib baik la arip hardcock ada kt belakang, dia paling last keluar dr petronas sbb g berak, sambung berak dr petronas bt pahat td x abis lg. tu pun nasib baik bini aku dh naik keta sbb pening kepala ngantuk.
suh arip bwk muto bogon, bogon bwk muto arip. tolak lahhhh..!! paling seksa bila terpaksa menolak nk potong trelar panjang - naik bukit - korner ke kiri. terpaksa masuk emergency lane & tolak sekuat hati sbb angin lori terlalu kuat. masa tu rasa mcm nk kena buasir je. mata pedih sbb peluh dh masuk mata. adui...
49km.. tanda jalan, mak oi!! jauhnya... 29km, 15km... 5km, 1km ke rnr seremban. tahan je lah. masuk rnr seremban, aku dh abis tenaga. kaki dh terketar2 x rasa apa. tangan kebas, kepala rasa panas...
lepas baring kejap, br bole duduk. mcm x caya dh sampai rnr seremban non stop.. kasik lepak sementara tunggu pomen2 x bertauliah godek muto bogon. alip kata bogon buang air beteri, nk buat sel kering. ntah le... pakai muto arsyik pinjam parts utk kesan apa yg rosak. bak kata arsyik, kalau org politik masuk campur, hancur le. tu pun nasib baik muto arsyik x terbang ats bumbung rnr bila tan sri senoi salah sambung wayar...
11.30pm - buat final briefing sebelum bertolak balik. MTP 2010 berakhir dgn rasminya. rasa sedey pun ada. salam peluk cium sebelum masing2 balik ke sarang sendiri.
aku sampai umah 12.45am. total odometer aku clocked 763km.
mula2 mls mandi sbb dh tgh malam & teramat penat. tp mem suh mandi gak, siap mandikan aku lagi. siram air, sabunkan, gosok & scrub yg mana patut. part yg ni kena tima kasih kt bogon. hehehe
1.20am - aku dh titon....
end of day 3....
Log by Mr. HungryGhost.
No comments:
Post a Comment